Islamic Widget

Monday, August 17, 2009

Perutusan Ramadhan


Alhamdulillah,
bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala di atas nikmatnya yang tidak terkira banyaknya yang dikurniakan kepada kita, termasuk nikmat dipanjangkan umur, nikmat kesihatan rohani dan jasmani, dan juga nikmat diberikan peluang untuk meningkatkan amal ibadat yang berkebajikan demi mendapatkan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan berada di bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak kelebihan, iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang pada permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas daripada api neraka. Maka kita sebagai umat islam sudah semestinyalah menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini dengan penuh rasa gembira, iaitu dengan membuat persediaan zahiriah dan batiniah, serta menguatkan azam untuk beramal ibadat dan merebut fadhilat, pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud :

"Dari Abi Azzam, dari Sahlin Radhiallahuanha, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Raiyan, orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman : Dimanakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut, tidak masuk bersama mereka seorang pun selain mereka, setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali, tiada lagi orang lain yang akan memasukinya".

Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada semua pembaca blog sekiranya saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan . Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

No comments:

Post a Comment