Islamic Widget

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Hari Raya



Assalamualaikum...


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua yang telah membaca blog ini...BAru-baru ni kat sek kami (SKFMA) ada buat majlis sambutan hari raya aidilfitri peringkat sekolah.Best dan meriah jugakla suasana yang berlaku pada hari tu...


Sebagai kenag-kenangan kami guru-guru SKFMA 2009 bergambarla kenangan sambutan raya bersama 2009..manalah tahu awal tahun depan ada pulak yang bertukar sekolah ke tempat lain nanti...

Tuesday, September 15, 2009

Perutusan Hari Kemerdekaan yang ke 52


Pada 15hb september 2009 Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air (SKFMA) telah mengadakan perhimpunan pagi bagi mendengar perutusan kemerdekaan dari Pemerintah tertinggi Negara.


Teks Perutusan dari Yang di Pertuan Agong telah dibacakan oleh Guru Besar kami sendiri iaitu En. Wan Nordin B. Wan Mat sementara Teks Perdana Menteri di bacakan oleh Puan Jamilah Bt. Othman dan Teks Perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia telah di bacakan oleh Cikgu Kamal Hisyam B. Mahadzir selaku pengerusi Majlis pada pagi ini.


Inti pati dari perutusan-perutusan tersebut banyak menyentuh tentang sikap bersatupadu di kalangan rakyat perlu dipertingkatkan bagi mengekalkan keamanan negara ini...sementara tanggungjawab warga pendidik juga amatlah penting bagi mendidik anak bangsa bermula dari peringkat sekolah rendah lagi demi menerangkan tentang semangat bersatu padu di kalangan rakyat jelata.


Konsep 1 Malaysia turut di sebut bagi merealisasikan misi negara yang di lancar untuk semua rakyat Malaysia.


Selamat Menyambut Hari Raya untuk semua.

Program Ihya` Ramadhan


Program Ihya Ramadhan bagi sekolah kebangsaan felda mata air (SKFMA) berjaya di laksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab (j-QAF) 2009.


Diantara Program yang dilaksanakan ialah "Program Bertadarrus Al-Quran" , "Program Penulisan Khat" dan "Program lakaran kolaj".


Aktiviti ini berjaya menarik minat murid samada mereka yang berada ditahap 1 atau 2 di sekolah ini . Selain pelaksanaan aktiviti ini , matlamat program bagi meningkatkan kepentingan membaca kitab suci al-quran diterapkan kepada mereka.


Diantara lain lagi , penerapan kefahaman mengenai seni warisan penulisan khat juga diberi pendedahan supaya generasi sekarang tidak lupa khazanah islam yang telah di tinggalkan sejak berabad-abad dahulu.


Bagi melahirkan didikan minda kelas pertama , pengisian rohani adalah amat penting untuk didedahkan kepada murid sekolah selain bidang akademik yang sememangnya telah sedia di gembeling bagi menghadapi peperiksaan seperti UPSR dan sebagainya.


Akhir kata , bagi kami Penganjur program ini , amat berharap agar usaha-usaha kami untuk mendidik anak bangsa yang celik tentang tauhid sentiasa di beri keberkatan oleh Allah subhanahu wataala lebih-lebih lagi pada 10 mala terakhir di bulan Ramadhan 1430 ini.


Wallahualam.

Monday, August 17, 2009

Graduate IPTIPs



Salam...


Tahniah kepada semua Graduan IPTIPs yang sedang berkonvo hari ini...kepada kawan2 yang sama kohort...sowwey 4u all coz IPTIPs tak hantar surat ke Jabatan...so wa takder cuti nak p...


Apapun...petang ni kita layan kat mapley la...

Perutusan Ramadhan


Alhamdulillah,
bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala di atas nikmatnya yang tidak terkira banyaknya yang dikurniakan kepada kita, termasuk nikmat dipanjangkan umur, nikmat kesihatan rohani dan jasmani, dan juga nikmat diberikan peluang untuk meningkatkan amal ibadat yang berkebajikan demi mendapatkan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan berada di bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak kelebihan, iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang pada permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas daripada api neraka. Maka kita sebagai umat islam sudah semestinyalah menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini dengan penuh rasa gembira, iaitu dengan membuat persediaan zahiriah dan batiniah, serta menguatkan azam untuk beramal ibadat dan merebut fadhilat, pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud :

"Dari Abi Azzam, dari Sahlin Radhiallahuanha, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Raiyan, orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman : Dimanakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut, tidak masuk bersama mereka seorang pun selain mereka, setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali, tiada lagi orang lain yang akan memasukinya".

Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada semua pembaca blog sekiranya saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan . Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Monday, August 10, 2009

Selamat Datang Ramadhan



aRi nEh rI SeLaSa.. sOk rAbU, SoK aRi lAsT MkN2 wEhHh.. KhAmIs dA PoSe.. cEpAt bEnOr rAsE MaSe bErLaLu.. PeJaM CeLiK PeJaM CeLiK SiAnG MlM SiAnG MlM… dA NaK PoSe BaLiK.. BiLeR CiTeR PaSaI PoSe.. pEr yG KoRaNg tErFiKiR ErKk??? lApAr dAn dAhAgA?? SoLaT TeRaWiH?? tInGkAtKaN AmAlAn??? hUhUhUuUu..


Tp RaSe nYeR yG TeRlInTaS Di mInDa dA TeNtU LeR bAzAr rAmAdHaN ToK jUaDaH BeRbUkA ErKk.. hAhAhAaA..


MkN2 JuGaK Tp jGn sAmPaI MeMbOrOnG SeGaLa MeNdE mKnAn SaMpAi Da tAhAp MeMbAzIr gItU.. iSyHh3 sIfAt mEmBaZiR ItU aMaLaN SyAiTaN.. JgN jAdIk gItU YeR.. AkHiR KaTe sLaMaT mEnJaLaNi iBaDaH PuAsA… kOrAnG SuMe pOsE Yg lEpAs2 tUh dA GaNtI KeR?? HiKsS HiKsS HiKsSs.. kAnToI!! :p


KiAn bErLaBuH TiRaI SyAaBaN, lAmBaIaN RaMaDhAn kIaN D NaNtI, LuHuR HaTi IkhLaS aMaLaN, SeMoGa sEgAlA IbAdAh aLlAh bErKaTi.. kEmAaFaN D PoHoN.. SaLaM RaMaDhAn aL-MuBaRaK…

DID YOU KNOW ?

Russia holds the distinction of sending both the first man and woman into space. Major Yuri Gagarin flew into space on 12 April 1961, and Valentia Tereshkova followed two years later, in June 1963.





The youngest person to fly in space is Gherman TItov, at 26 years aboard Vostok 2. The oldest is John Glenn, at age 77 aboard the Discovery in October 1988. It was his second trip to space, his first was in 1962.





The USA recognizes those who have been selected to go to space as astronauts, even if they're still in training. Russia reserves the title of cosmonaut only for those who have made a successful flight into space.





Up to the 1970's, the earliest astronauts were often jet fighter pilots from military backgrounds. However, Neil Amstrong was already a civilian when he became the first man to set foot on the moon.

Wednesday, July 29, 2009

Thursday, July 16, 2009

Isra` Mikraj



Peristiwa Israk dan Mikraj membawa banyak pengajaran khusus untuk umat Nabi Muhammad. Kesemua gambaran yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad mempunyai pengajaran dan perbandingan simbolik yang tersirat.


Oleh sebab gambaran-gambaran begini seolah-olah tidak natural, maka ramailah manusia terutama yang lemah keimanannya kepada Allah, Rasul dan khabar ghaib sukar mempercayainya. Sebaliknya orang-orang yang beriman terus percaya tanpa soalselidik kerana mereka sedar kesemua itu adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah.


Apa yang Allah kehendaki terus menjadi (kun fayakun); tiada siapa pun boleh menghalangnya. Kesemua kita milik Allah, masa milik Allah, tempat milik Allah, ruang milik Allah malahan apa yang terlintas di hati kita juga milik Allah. Hakikatnya kita tidak memiliki sesuatu. Saidina Abu Bakar apabila diberitahu tentang keganjilan yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj, serta merta berkata jika pengakuan itu datang dari Nabi Muhammad, dia 100% yakin dan percaya bukan setakat peristiwa Israk & Mikraj, malah lebih daripada itu pun dia akan yakin.
Krisis kepercayaan dan keimanan ini sudah wujud pada zaman Nabi lagi.


Baginda sekembalinya dari mikraj turun ke Baitul Maqdis dan menaiki Buroq ke Mekah bersama Jibril. Sampai di Mekah, Buroq dan Jibril meninggalkan Nabi berseorangan. Baginda amat sedar bahawa jika diceritakan pengalaman itu kepada orangramai, nescaya ramai yang tidak mempercayainya. Betapa mereka hendak percaya sedangkan perjalanan unta dari Mekah ke Baitul Maqdis sahaja memakan masa berbulan-bulan tetapi Nabi boleh pergi dan balik dalam masa sehari semalam dan ditambah pula dengan naik ke langit hingga Sidratul Muntaha. Ketika itu waktu Subuh.


Abu Jahal terserempak dengan Nabi. Nabi menceritakan perjalanannya dari Mekah ke Baitul Maqdis semalaman. Abu Jahal yang sememangnya mencari isu yang boleh menghakis kepercayaan orang kepada Nabi, terus mempersendakannya dan berlalu sambil menghebohkan kepada orangramai. Nabi Muhammad tidak perlu mengumpulkan orang sebab Abu Jahal sendiri sudah berusaha memanggil mereka untuk mendengar cerita 'karut' Nabi Muhammad.


Sekumpulan manusia dari Bani Qa'ab dan Luay berkumpul di sekeliling Nabi untuk mendengar peristiwa yang berlaku. Nabi menceritakan dari awal hingga akhir apa yang berlaku. Ada yang terpinga-pinga mendengarnya. Tetapi segolongan lain tetap yakin akan kebenaran Nabi.


Beberapa orang berjumpa Saidina Abu Bakar dengan harapan Saidina Abu Bakar menyangkal apa yang berlaku. Tetapi dengan tegas Abu Bakar membenarkan segala kata-kata Nabi Muhammad. Demikianlah sekiranya Allah hendak memberikan kebaikan kepada seseorang, diberikannya keimanan kepada Rasul.


Sebaliknya jika Allah tidak menghendaki kebaikan pada seseorang, maka tetaplah dia dengan kekufuran dan tidak mempercayai pengalaman yang dilalui oleh Nabi Muhammad. Semoga kita semua termasuk dalam kategori manusia yang beriman dengan Allah dan RasulNya.

Tuesday, July 14, 2009

Rentetan Ringkas Pendidik

KADANG-KADANG teringat semula masa kecil-kecil dahulu, tak pernah terlintas pun di dalam fikiran saya hendak menjadi seorang guru. Malah sehingga menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah pun masih dibayangi kerjaya yang lebih profesional seperti pensyarah, peguam atau kaunselor. Tetapi bukanlah bertujuan untuk mengatakan bahawa kerja guru tidak profesional! Kerana sekarang saya berbangga dengan kerjaya seorang guru.Semakin membesar mentaliti dan persepsi seseorang semakin berubah.

Barangkali ia dipengaruhi oleh faktor akademik, keluarga dan persekitaran. Mungkin kerana tanggapan seseorang terhadap apa yang dilihatnya sentiasa ada perbezaan di antara seseorang dengan individu lain. Namun, apapun guru adalah kerjaya yang mulia. Cuma kadang kala ada di kalangan guru sendiri yang mencemarkannya.Semuanya bermula apabila saya memulakan langkah pertama IPTIPs) sebagai Pensyarah Kontrak .

Agak gementar dan gugup juga mula-mulanya bila disapa anak murid yang seakan hampir sebaya menegur dengan gelaran "Ustaz" . Semuanya pada masa itu baru bermula...

Hari ini bagaikan dilahirkan semula sebagai seorang guru apatah lagi setelah di tauliah kan sebagai seorang guru keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus Perlis .sekarang pun semuanya bermula semula.Apa yang penting adalah kemahuan untuk mencuba menjadi seorang pendidik yang terbaik. Atau dalam erti kata lain kita tidak mahu menjadi pendidik biasa. Kita mahu jadi pendidik luar biasa. Pendidik luar biasa ini tidak lahir dalam sehari, tentu memakan masa berhari-hari.

Orang yang saya temui sering melontarkan persoalan kenapa pilih jadi guru? Bukankah ada kerja lain yang lebih baik dari menjadi guru? Cuma saya persoalkan kembali, apakah kerjaya guru tidak baik?Minat menjadi guru berkembang subur setiap hari bila berhadapan dengan anak-anak murid. Akhirnya minat menjadi guru disokong pula dengan dorongan mak dan ayah. Pada mereka, kerjaya sebagai guru adalah kerjaya mulia. Malah bukan mereka sahaja yang menganggap demikian... ramai lagi.

Setelah Setahun mengajar di IPTIPs cuba nasib pula dengan memohon program untuk melayakkan diri menjadi guru tetap. Dari KPLI-SR LPBS KDC, KPLI, dan KPLI-SR LPBS j-QAF. Akhirnya sekarang saya terpilih mengikuti program j-QAF dan hari ini telah pun tamat pengajian malah sudah pun dihantar mengajar di Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air . Padang Besar Utara. Perlis .

Lumrah yang nyata memang dalam setiap yang dilalui ada manis dan pahitnya. Itulah lumrah... yang penting ialah bagaimana kita mengharunginya.

Sekarang saya rasa amat gembira. Setelah hampir 2 tahun saya mengajar murid tahun 1 dan 2 mereka sudah sudah pandai mengucapkan ucapan-ucapan dalam bahasa arab seperti lafaz memberi dan menjawab salam, ucapan sobahal khair, sobahan nur, masa' al-khair, masa' an-nur, ahlan wa sahlan, ahlan bika, masmuka, ismi ..., syukran jazilan, afwan, dll. semuanya akan terus berkembang dan subur.

Doakan.Kata-kata Pujangga: "Setiap kali kita berfikir sukarnyanya untuk berakhir, pujuklah diri mengenang tidaklah senang semasa bermula."

Posting tempat kerja


assalamualaikum...


Setelah setahun lebih aku di maktab perguruan perlis...sekarang sampailah masa untuk aku di postingkan tempat dimana tempat aku akan menjalankan tanggungjawab seorang guru...


dengan ini aku melaporkan diri pada 8//7/2009...


ingat sampai pencen...

Saturday, June 20, 2009


Penatnya baru balik BTN..tp best jugakla...tambah lg pengalaman pasal pengetahuan tentang negara...cumanya pemikiran dan ideologi manusia ni berbeza...kita tak dapat mengubah pendirian manusia dengan hanya pengisian yang singkat..lagipun mereka yang hadir BTN sekarang terdiri dr generasi yang dah mampu berfikir sendiri..bukan mewarisi logo turun temurun...tahniah kepada rakan2 yang b ersama aku dlm kursus...

Wednesday, June 10, 2009

Spanish Inquisition: Can Kaka Really Be The New Zidane At Real Madrid?




Florentino Perez, Kaka, and Zinedine Zidane - Real Madrid (Marca)
Related LinksIn euros, Kaka's transfer to Real Madrid, with a fee not yet formally disclosed, is said to be a few short of the world record €73m, set by the same club under the same presidency and same transfer policy when they signed Zinedine Zidane, eight years ago.In pounds, converting the two transfer values has Zidane at £46m and Kaka comfortably ahead at around £55m. In England, this transfer is being considered the world record.As obscene and surreal as the sums of money passed between clubs for players seem to many an average fan, there was and remains an air of acceptance around the Zidane deal. The Frenchman is considered by a vast majority to be one of the greatest players of all time and thus, in signing him, money was no object. He deserved to be worth that much more than Figo. More than anyone.Kaka is now either right up alongside him or ahead of him, depending on your currency, and nobody can quite get their heads around the amount of money involved. So many are tightening their own purse strings in the height of the global recession and view this is an obscene abuse of power on the part of Florentino Perez.Obscene, maybe, but these are the actions of a club with wounded pride, trying to redress a squad balance that had been left offset by Ramon Calderon and Pedja Mijatovic. They know what they need, and they need it by any means necessary, as soon as possible. One per summer won't do in this era, they're making up for lost time.As the first, Kaka will be particularly iconic, yet he is not held in the same regard as Zidane, and the 'Real' challenge for him will be whether he can enhance his legend at the Bernabeu, as Zizou did between 2001 and 2006.Though he didn't want to leave Milan, Kaka has made it clear that he was both encouraged to accept for the good of the club and also personally eager that, if he were to leave, it should be for Madrid. He is, like Zidane was, where he wants to be, having already intimated he would like to retire at the Bernabeu, as Zizou did. He is two years younger than Zidane was at the time of his move, but both players were perhaps just past what many had regarded as their peak at the time.Zizou defied his critics and it will be up to Kaka to now do the same. The only question mark hanging over his potential success in Spain is the state of his knee. It has hampered his playing time ever since he won the Ballon d'Or and there has been no discernable, irrefutable sign that this is set to change.Madrid did a brave and sensible thing in leaving Arjen Robben sidelined for months on end in order for him to fully rehabilitate and be the still frail but mostly fit player he is today. Do they have the restraint to do it again - with a bigger, better signing - if that's what it takes? You wouldn't think so, even if the options at the disposal of Manuel Pellegrini are likely to be so vastly superior to those of Bernd Schuster that it hardly bears thinking about.Kaka yesterday revealed he doesn't want the "responsibility" of directly succeeding Zidane by taking his famous No. 5 shirt, but then again, injuries or not, this has never been a man to shy away from responsibility. More likely he just thinks, like many of us, that an attacking player donning the No. 5 is more than a little peculiar.Like Zidane, Kaka will find himself at the centre of all of Madrid's attacks and will restore majesty to Madrid's midfield that has been missing for the last three years. Their styles differ somewhat, with Kaka being less of a playmaker and more of a pacey forward, but their positions and yes, their responsibilities, will be the same.Kaka is a man that knows his responsibility and he knows what he can do. If Florentino Perez delivers on the rest of his Galactico recruitment this summer and if the squad balance is kept in check by general director Jorge Valdano, sporting director Miguel Pardeza and of course Manuel Pellegrini as coach, then there is little standing in the way of the Brazilian going up in lights alongside Zizou himself as an icon of Madrid and an all-time legend of world football.

Monday, June 8, 2009

Exam Ilmu Pendidikan


Hari ni aku masuk exam Ilmu Pendidikan dengan perasaan ceria sebelum melihat soklan...rupa-rupanya susah gila...

segala teori yanga aku hafal tak naik..yang naik cuma teori roger yang hampes tu...pastu siap ada kena kira mod,min sisihan piawai..insafnya aku...

Kejohanan Bolatampar peringkat Negeri Perlis


Aku ni bukanlah pasif sangat tentang sukan ni...tp 1st time la bawa budak p main bola tampar,rupanya tak disangka budak2 aku jadi naib johan plak...

Sunday, June 7, 2009

12 waktu mustajab doa



Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:


1) Semasa Lailatul-Qadar.


2) Ketika hujan turun.


3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.


4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.


5) Di tengah malam.


6) Di antara azan dan iqamah.


7) Ketika sujud dalam solat.


8) Ketika iktidal akhir dalam solat.


9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.


10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).


11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.


12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Thursday, June 4, 2009

Aku Hanyalah Seorang Hamba



Assalamu'alaikum wrh.


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.


Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."


Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."


"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."


Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.


Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.


Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"


"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.


Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul.


Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.


Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"


Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Tuesday, June 2, 2009

Soal Jawab Guru dan Murid


Soal Jawab Guru dan Murid

Guru : Kenapa awak lambat? Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda. Guru: Papan tanda mana ? Sin Chan: Yang ada tulisan, 'Sekolah di hadapan, jalan pelahan.'
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-
Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan 'BUAYA'? Sin Chan: 'B-O-O-W-A-Y- A' Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-* Guru: Apakah formula untuk air? Sin Chan: 'HIJKLMNO'!! Guru: Apa yang awak cakap tu? Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara. Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas! Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara? Kelas: Sin Chan Cikgu!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-
Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu. Sin Chan: Saya Cikgu!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan olehgigitan serangga? Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -**-*-*-* -*

Guru: 'Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?' Sin Chan: 'Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama.'
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. ! Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah ..

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan? Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Sin Chan, Karangan awak 'Anjing saya' adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia? Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!
*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *
Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakaptetapi orang tak berminat nak dengar? Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu! *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*- Guru: Sin Chan, kenapa bila kamu melintas jalan kamu suka berdiri disebelah kiri kawan² kamu? Sin Chan: Sebab kereta datang disebelah kanan, kalo eksiden kawan² kena langgar dulu. Guru: ?????????