Islamic Widget

Friday, January 29, 2010


salam....


Tahun 2010 ni azam baru nak mengajar dengan lebih bersunguh-sungguh demi masa depan anak-anak didik tercinta...sian plak aku tengok anak bangsa aku sendiri tak tahu baca quran...walaupun dah beso panjang semuanya...


Lagipun tahun baru ni ada beberapa orang guru kat sek aku yang dah pencen..bertukar dsb...Cikgu Lee PK HEM aku dah pencen...yang sedihnya,dia hilang macam tu jer...hilang-hilang terus pencen...kurang-kurang biarlah anak bilis macam aku ni selamat berambos ke kat dia...hahaha....


Cikgu Ali plak dah berpindah sek...partner badminton aku tu...ntah mana lagi aku nak cari manusia yang berkebolehan yang serasi bermain dengan corak permainan ffensive aku ni...


Si Farina plak berenti dah...ermm...lagipun dia guru sandaran jer,habis madu sepah di buang la..standard la tu...sama nasib macam kawan aku Cikgu Saiful...dah ngajar 7 tahun pun kena terminate macam tu jer...sekarang dia ternak ikan keli jer dengan menoreh getah...sian aku tengok...tp tak perlah,sekurang-kurangnya tak adalah kat malaysia ni penoreh sandaran....tak pun penternak keli sandaran..kira keja tetap la tu....


Pastu Si Al-Fadil dewa lena pun dah di tukarkan ke sek rimba mas...elok-elok duduk dalam felda dengan aku,dah kena tukar masuk rimaba plak...sian dia...tapi takperla,sekurang-kurangnya dia ada keje lg berbanding kawan-kawan lain yang kat luar sana takder keje ape nak buat dah....


So tahun 2010 ni datangla 2 orang cikgu baru kat sek aku...yang sorang ni namanya Cikgu Azlina Bt. Mat Jatin...Dia ni ganti Cikgu Ali.Tengok rack record servis katanya cikgu cemerlang...takperlah,kita tengoklah nanti...tapi buat masa ni takder apa anjakan paradigma yang berlaku di sek aku..mungkin dia sedang sarat mengandung kot....lepas menetas nanti gerenti malaTOP punyer la..ehehe..


Sowang lagi Ustaz Faizul Azhar...makhluk ni la yang memeningkan medula oblagata aku ni...ingatkan pengganti dewa al-Fadhil ni tip top la...rupanya pesakit mentel rupanya.sehari tak sarapan dengan pil ROCCHi alamatnya BIOL la kepala dia ni...setakat hari ni P&P aku dengan dia tak ada yang boleh mencapai aras rancangan...negatif lagi adala...macamna nak buat indeks prestasi cemerlang ni...


Lastly tahun 2010 ni aku dilantik sebagai guru makmal ict menggantikan zul yang dah monopous dengan bebanan kejer melimpah ruah....apapun aku cuba yang terbaik untuk memulihkan keadaan makmal komputer sekolah aku yang saling tak tumpah macam homestay tikus tu....tp hari ni kalau korang datang melawat makmal aku...sure up punyer la...hehehe...


Apapun aku mengharapkan keberkatan dari azzawajalla untuk aku mengharungi tahun 2010 ni dengan penuh ketabahan dan semangat...anak aku pun dah dekat setahun dah,aku kena berusaha mendidik anak murid aku mcm aku didik anak aku sendiri...sehingga aku ada masa lagi untuk menulis coretan kisah hidup aku ni...wasalam...oh ya cik usop yang observe visual cemerlang aku aritu dah meninggal dunia semalam...al fatehah....