Islamic Widget

Tuesday, September 15, 2009

Perutusan Hari Kemerdekaan yang ke 52


Pada 15hb september 2009 Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air (SKFMA) telah mengadakan perhimpunan pagi bagi mendengar perutusan kemerdekaan dari Pemerintah tertinggi Negara.


Teks Perutusan dari Yang di Pertuan Agong telah dibacakan oleh Guru Besar kami sendiri iaitu En. Wan Nordin B. Wan Mat sementara Teks Perdana Menteri di bacakan oleh Puan Jamilah Bt. Othman dan Teks Perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia telah di bacakan oleh Cikgu Kamal Hisyam B. Mahadzir selaku pengerusi Majlis pada pagi ini.


Inti pati dari perutusan-perutusan tersebut banyak menyentuh tentang sikap bersatupadu di kalangan rakyat perlu dipertingkatkan bagi mengekalkan keamanan negara ini...sementara tanggungjawab warga pendidik juga amatlah penting bagi mendidik anak bangsa bermula dari peringkat sekolah rendah lagi demi menerangkan tentang semangat bersatu padu di kalangan rakyat jelata.


Konsep 1 Malaysia turut di sebut bagi merealisasikan misi negara yang di lancar untuk semua rakyat Malaysia.


Selamat Menyambut Hari Raya untuk semua.

Program Ihya` Ramadhan


Program Ihya Ramadhan bagi sekolah kebangsaan felda mata air (SKFMA) berjaya di laksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab (j-QAF) 2009.


Diantara Program yang dilaksanakan ialah "Program Bertadarrus Al-Quran" , "Program Penulisan Khat" dan "Program lakaran kolaj".


Aktiviti ini berjaya menarik minat murid samada mereka yang berada ditahap 1 atau 2 di sekolah ini . Selain pelaksanaan aktiviti ini , matlamat program bagi meningkatkan kepentingan membaca kitab suci al-quran diterapkan kepada mereka.


Diantara lain lagi , penerapan kefahaman mengenai seni warisan penulisan khat juga diberi pendedahan supaya generasi sekarang tidak lupa khazanah islam yang telah di tinggalkan sejak berabad-abad dahulu.


Bagi melahirkan didikan minda kelas pertama , pengisian rohani adalah amat penting untuk didedahkan kepada murid sekolah selain bidang akademik yang sememangnya telah sedia di gembeling bagi menghadapi peperiksaan seperti UPSR dan sebagainya.


Akhir kata , bagi kami Penganjur program ini , amat berharap agar usaha-usaha kami untuk mendidik anak bangsa yang celik tentang tauhid sentiasa di beri keberkatan oleh Allah subhanahu wataala lebih-lebih lagi pada 10 mala terakhir di bulan Ramadhan 1430 ini.


Wallahualam.