Islamic Widget

Tuesday, July 14, 2009

Rentetan Ringkas Pendidik

KADANG-KADANG teringat semula masa kecil-kecil dahulu, tak pernah terlintas pun di dalam fikiran saya hendak menjadi seorang guru. Malah sehingga menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah pun masih dibayangi kerjaya yang lebih profesional seperti pensyarah, peguam atau kaunselor. Tetapi bukanlah bertujuan untuk mengatakan bahawa kerja guru tidak profesional! Kerana sekarang saya berbangga dengan kerjaya seorang guru.Semakin membesar mentaliti dan persepsi seseorang semakin berubah.

Barangkali ia dipengaruhi oleh faktor akademik, keluarga dan persekitaran. Mungkin kerana tanggapan seseorang terhadap apa yang dilihatnya sentiasa ada perbezaan di antara seseorang dengan individu lain. Namun, apapun guru adalah kerjaya yang mulia. Cuma kadang kala ada di kalangan guru sendiri yang mencemarkannya.Semuanya bermula apabila saya memulakan langkah pertama IPTIPs) sebagai Pensyarah Kontrak .

Agak gementar dan gugup juga mula-mulanya bila disapa anak murid yang seakan hampir sebaya menegur dengan gelaran "Ustaz" . Semuanya pada masa itu baru bermula...

Hari ini bagaikan dilahirkan semula sebagai seorang guru apatah lagi setelah di tauliah kan sebagai seorang guru keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus Perlis .sekarang pun semuanya bermula semula.Apa yang penting adalah kemahuan untuk mencuba menjadi seorang pendidik yang terbaik. Atau dalam erti kata lain kita tidak mahu menjadi pendidik biasa. Kita mahu jadi pendidik luar biasa. Pendidik luar biasa ini tidak lahir dalam sehari, tentu memakan masa berhari-hari.

Orang yang saya temui sering melontarkan persoalan kenapa pilih jadi guru? Bukankah ada kerja lain yang lebih baik dari menjadi guru? Cuma saya persoalkan kembali, apakah kerjaya guru tidak baik?Minat menjadi guru berkembang subur setiap hari bila berhadapan dengan anak-anak murid. Akhirnya minat menjadi guru disokong pula dengan dorongan mak dan ayah. Pada mereka, kerjaya sebagai guru adalah kerjaya mulia. Malah bukan mereka sahaja yang menganggap demikian... ramai lagi.

Setelah Setahun mengajar di IPTIPs cuba nasib pula dengan memohon program untuk melayakkan diri menjadi guru tetap. Dari KPLI-SR LPBS KDC, KPLI, dan KPLI-SR LPBS j-QAF. Akhirnya sekarang saya terpilih mengikuti program j-QAF dan hari ini telah pun tamat pengajian malah sudah pun dihantar mengajar di Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air . Padang Besar Utara. Perlis .

Lumrah yang nyata memang dalam setiap yang dilalui ada manis dan pahitnya. Itulah lumrah... yang penting ialah bagaimana kita mengharunginya.

Sekarang saya rasa amat gembira. Setelah hampir 2 tahun saya mengajar murid tahun 1 dan 2 mereka sudah sudah pandai mengucapkan ucapan-ucapan dalam bahasa arab seperti lafaz memberi dan menjawab salam, ucapan sobahal khair, sobahan nur, masa' al-khair, masa' an-nur, ahlan wa sahlan, ahlan bika, masmuka, ismi ..., syukran jazilan, afwan, dll. semuanya akan terus berkembang dan subur.

Doakan.Kata-kata Pujangga: "Setiap kali kita berfikir sukarnyanya untuk berakhir, pujuklah diri mengenang tidaklah senang semasa bermula."

No comments:

Post a Comment