Islamic Widget

Wednesday, July 29, 2009

Thursday, July 16, 2009

Isra` Mikraj



Peristiwa Israk dan Mikraj membawa banyak pengajaran khusus untuk umat Nabi Muhammad. Kesemua gambaran yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad mempunyai pengajaran dan perbandingan simbolik yang tersirat.


Oleh sebab gambaran-gambaran begini seolah-olah tidak natural, maka ramailah manusia terutama yang lemah keimanannya kepada Allah, Rasul dan khabar ghaib sukar mempercayainya. Sebaliknya orang-orang yang beriman terus percaya tanpa soalselidik kerana mereka sedar kesemua itu adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah.


Apa yang Allah kehendaki terus menjadi (kun fayakun); tiada siapa pun boleh menghalangnya. Kesemua kita milik Allah, masa milik Allah, tempat milik Allah, ruang milik Allah malahan apa yang terlintas di hati kita juga milik Allah. Hakikatnya kita tidak memiliki sesuatu. Saidina Abu Bakar apabila diberitahu tentang keganjilan yang berlaku dalam peristiwa Israk dan Mikraj, serta merta berkata jika pengakuan itu datang dari Nabi Muhammad, dia 100% yakin dan percaya bukan setakat peristiwa Israk & Mikraj, malah lebih daripada itu pun dia akan yakin.
Krisis kepercayaan dan keimanan ini sudah wujud pada zaman Nabi lagi.


Baginda sekembalinya dari mikraj turun ke Baitul Maqdis dan menaiki Buroq ke Mekah bersama Jibril. Sampai di Mekah, Buroq dan Jibril meninggalkan Nabi berseorangan. Baginda amat sedar bahawa jika diceritakan pengalaman itu kepada orangramai, nescaya ramai yang tidak mempercayainya. Betapa mereka hendak percaya sedangkan perjalanan unta dari Mekah ke Baitul Maqdis sahaja memakan masa berbulan-bulan tetapi Nabi boleh pergi dan balik dalam masa sehari semalam dan ditambah pula dengan naik ke langit hingga Sidratul Muntaha. Ketika itu waktu Subuh.


Abu Jahal terserempak dengan Nabi. Nabi menceritakan perjalanannya dari Mekah ke Baitul Maqdis semalaman. Abu Jahal yang sememangnya mencari isu yang boleh menghakis kepercayaan orang kepada Nabi, terus mempersendakannya dan berlalu sambil menghebohkan kepada orangramai. Nabi Muhammad tidak perlu mengumpulkan orang sebab Abu Jahal sendiri sudah berusaha memanggil mereka untuk mendengar cerita 'karut' Nabi Muhammad.


Sekumpulan manusia dari Bani Qa'ab dan Luay berkumpul di sekeliling Nabi untuk mendengar peristiwa yang berlaku. Nabi menceritakan dari awal hingga akhir apa yang berlaku. Ada yang terpinga-pinga mendengarnya. Tetapi segolongan lain tetap yakin akan kebenaran Nabi.


Beberapa orang berjumpa Saidina Abu Bakar dengan harapan Saidina Abu Bakar menyangkal apa yang berlaku. Tetapi dengan tegas Abu Bakar membenarkan segala kata-kata Nabi Muhammad. Demikianlah sekiranya Allah hendak memberikan kebaikan kepada seseorang, diberikannya keimanan kepada Rasul.


Sebaliknya jika Allah tidak menghendaki kebaikan pada seseorang, maka tetaplah dia dengan kekufuran dan tidak mempercayai pengalaman yang dilalui oleh Nabi Muhammad. Semoga kita semua termasuk dalam kategori manusia yang beriman dengan Allah dan RasulNya.

Tuesday, July 14, 2009

Rentetan Ringkas Pendidik

KADANG-KADANG teringat semula masa kecil-kecil dahulu, tak pernah terlintas pun di dalam fikiran saya hendak menjadi seorang guru. Malah sehingga menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah pun masih dibayangi kerjaya yang lebih profesional seperti pensyarah, peguam atau kaunselor. Tetapi bukanlah bertujuan untuk mengatakan bahawa kerja guru tidak profesional! Kerana sekarang saya berbangga dengan kerjaya seorang guru.Semakin membesar mentaliti dan persepsi seseorang semakin berubah.

Barangkali ia dipengaruhi oleh faktor akademik, keluarga dan persekitaran. Mungkin kerana tanggapan seseorang terhadap apa yang dilihatnya sentiasa ada perbezaan di antara seseorang dengan individu lain. Namun, apapun guru adalah kerjaya yang mulia. Cuma kadang kala ada di kalangan guru sendiri yang mencemarkannya.Semuanya bermula apabila saya memulakan langkah pertama IPTIPs) sebagai Pensyarah Kontrak .

Agak gementar dan gugup juga mula-mulanya bila disapa anak murid yang seakan hampir sebaya menegur dengan gelaran "Ustaz" . Semuanya pada masa itu baru bermula...

Hari ini bagaikan dilahirkan semula sebagai seorang guru apatah lagi setelah di tauliah kan sebagai seorang guru keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kampus Perlis .sekarang pun semuanya bermula semula.Apa yang penting adalah kemahuan untuk mencuba menjadi seorang pendidik yang terbaik. Atau dalam erti kata lain kita tidak mahu menjadi pendidik biasa. Kita mahu jadi pendidik luar biasa. Pendidik luar biasa ini tidak lahir dalam sehari, tentu memakan masa berhari-hari.

Orang yang saya temui sering melontarkan persoalan kenapa pilih jadi guru? Bukankah ada kerja lain yang lebih baik dari menjadi guru? Cuma saya persoalkan kembali, apakah kerjaya guru tidak baik?Minat menjadi guru berkembang subur setiap hari bila berhadapan dengan anak-anak murid. Akhirnya minat menjadi guru disokong pula dengan dorongan mak dan ayah. Pada mereka, kerjaya sebagai guru adalah kerjaya mulia. Malah bukan mereka sahaja yang menganggap demikian... ramai lagi.

Setelah Setahun mengajar di IPTIPs cuba nasib pula dengan memohon program untuk melayakkan diri menjadi guru tetap. Dari KPLI-SR LPBS KDC, KPLI, dan KPLI-SR LPBS j-QAF. Akhirnya sekarang saya terpilih mengikuti program j-QAF dan hari ini telah pun tamat pengajian malah sudah pun dihantar mengajar di Sekolah Kebangsaan Felda Mata Air . Padang Besar Utara. Perlis .

Lumrah yang nyata memang dalam setiap yang dilalui ada manis dan pahitnya. Itulah lumrah... yang penting ialah bagaimana kita mengharunginya.

Sekarang saya rasa amat gembira. Setelah hampir 2 tahun saya mengajar murid tahun 1 dan 2 mereka sudah sudah pandai mengucapkan ucapan-ucapan dalam bahasa arab seperti lafaz memberi dan menjawab salam, ucapan sobahal khair, sobahan nur, masa' al-khair, masa' an-nur, ahlan wa sahlan, ahlan bika, masmuka, ismi ..., syukran jazilan, afwan, dll. semuanya akan terus berkembang dan subur.

Doakan.Kata-kata Pujangga: "Setiap kali kita berfikir sukarnyanya untuk berakhir, pujuklah diri mengenang tidaklah senang semasa bermula."

Posting tempat kerja


assalamualaikum...


Setelah setahun lebih aku di maktab perguruan perlis...sekarang sampailah masa untuk aku di postingkan tempat dimana tempat aku akan menjalankan tanggungjawab seorang guru...


dengan ini aku melaporkan diri pada 8//7/2009...


ingat sampai pencen...